Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

September 30, 2010

Ouuchh! Panasnyer..

Memang akan rasa pedih kalau dah terkena benda2 panas ni..silap2 boleh melecur dan tinggalkan parut..klau yg jenis suka memasak tu lagi la ade potensi nak kena..jadi ila rasa tips/petua yang ila kumpul ni bolehlah dicuba..tak rugi. Mana lah tau dengan izin Allah rasa sakit hilang dan kulit pun tak melecur..apalagi jomlah cuba!
 
1. Pertama sekali, tekapkan kat kawasan tubuh badan yang terkena air panas tadi dengan kapas.Lakukannya secara perlahan-lahan dan cermat.Kemudian, sapukan sedikit mentega kat bahagian yang terkena air panas tu. Kalau takder mentega, gunalah krim yang sejuk, minyak kelapa ataupun minyak sayuran.Pastikan anda tak kenakan air kat bahagian yang melecur tu untuk beberapa jam.
2. Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.
3. Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.
4.  Alirkan air paip ke bahagian yang terkena benda panas selama lebih kurang 10 ke 15 minit. Insyaallah rasa sakit akan hilang dan kulit pun tak melecur. 
sumber : mak
5. Yang satu ni memang ila amalkan, bila terkena benda panas jer.. terus capai ubat gigi dan sapukan pada bahagian terkena panas tu..biarkan lebih kurang setengah jam atau lebih pastu boleh basuh cam biasa. 
Psstt...Tapi kalau hampir satu badan yang kena, tips ni kurang sesuai..elok terus jumpa doktor je, senang ceriter..

July 16, 2010

Semut...oh..Semut

Bab2 semut ni bukan cerite baru..bangsa yg plg ramai kat rumah kita ..siap  ade mcm2 warna kulit lagi..hitam, merah, coklat, kecik, besor, sumalah ade...dah la menumpang pastu menyusahkan tuan rumah pulak..Kes cam gini mana boleh tengok ajer..kenalah cara jalan nak halau diorang ni..jadik nyer jomlah kite tengok petua2 nih. Bolehlah cuba yg mana suka...
1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7) Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

8) Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Insyaallah semut tidak akan datang lagi.

9) Ambil kapur tulis (atau chalk) *kalau boleh guna yang warna putih lagi baik. Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan.Semut tak suka kepada kapur (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya. 

June 25, 2010

Berkilatnyer Periuk..

Eemm..dah lama rasanya ila tak bersiaran..dah ujung2 bulan ni barulah dapat nak update entri sikit2..ni ila adalah kumpul tips dapur untuk dikongsikan bersama..marilah jenguk.


1. Buang sisa makanan dan jirus dengan air biasa. Kemudian jemur di bawah panas matahari yang terik. Anda akan dapati kerak itu mengering dan tertanggal sendiri dari dasar periuk.

2. Bagi memudahkan untuk menanggalkan kesan hitam di dalam periuk, masukkan beberapa potong asam keping ke dalam periuk dan direbus bersama air hingga mendidih. Dengan itu kesan hitam akan mudah dibersihkan.

3. Sapukan asam jawa pada permukaan yang hangus dan gosok dengan sabut kelapa atau span.Kemudian, gosok pula dengan menggunakan sabun mandi dan span.Bilas bersih dan keringkan.InsyaAllah,periuk akan berkilat tanpa meninggalkan calar.



4. Tuangkan larutan cuka yang dicampur dengan secamca garam ke dalam periuk..err,periuk yang hangus tu lah.Biarkan semalaman.Esoknya buangkan larutan tadi dan cuci @gosok bersih-bersih.


5. Campurkan sedikit serbuk penaik ( ala yang guna buat kek /biskut tuh…) bersama sedikit air di dalam sebuah bekas.Biarkan selama beberapa jam.Kemudian bolehlah gunakan larutan tersebut sebagai bahan pencuci untuk mencuci periuk


6. Dapatkan beberapa keping kulit nanas dan jerangkan bersama air di dalam periuk hangus tadi.Selepas mendidih, bilaskan periuk menggunakan air sabun.


7. Masukkan kulit nanas yang telah dicincang dan dicampurkan dengan dua cawan cuka makan ke dalam periuk yang hangus.Tambahkan dua atau empat cawan air.Biarkan semalaman.Kemudian, cucilah dengan pencuci seperti biasa.

8. Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.




May 13, 2010

Hilangkan batuk

Memang susah kalau kite kena batuk..tak selesa terutama waktu tidur dan bagi yang bekerja memang akan mengganggu mental dan fizikal..nak pulak kena attend meeting hari tu....so kat sini ila ada la kumpul serba sikit petua nak kurang dan hilangkan batuk (biasanya amik masa gak nak hilang). Yang penting jugak jangan lupa minta pada Allah untuk sembuhkan batuk kite : )

1. Sedikit air suam dicampur dengan satu sudu madu lebah asli dan sedikit perahan limau nipis. Minum perlahan-lahan supaya kena pada kerongkong. Sesuai juga untuk kanak-kanak yang mengalami batuk. Amalkan beberapa hari, insyaallah batuk akan hilang.(sumber : kengkawan)

2. Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera. (sumber : www.familiazam.com)

3. Setiap pagi amalkan minum teh o limau panas tanpa gula ataupun makan buah nangka yang dicicah garam.(sumber : kengkawan)

4. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
5. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan   perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
6. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam  seminggu.(sumber : hikmad.azhad.com)

7. Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.(sumber : www.macam-2.com)
8. Ambil setengah sudu asam jawa dan rendamkan dalam air suam, kemudian campurkan dengan sedikit gula. Untuk hilangkan batuk, minum air tersebut.(sumber : sheisagirl.wordpress.com)

April 24, 2010

Daging Kurang Empuk?

Daging yang dimasak kurang empuk? Jeng..jeng..jeng.. Jom kita belek petua2  yg ila dah kumpul ni...taklah banyak, tapi boleh jer pilih nak try yang mana satu..nak try sumer lagi bagusss..

1. Semasa memasak daging masukkan sebatang sudu stainless still..insya'allah daging mesti mudah empuk.
Sumber : Sahabat di Pengkalan Hulu
2. Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, letakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan.
Sumber : koleksipetua.wordpress.com
3. Rebus daging dengan satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.

4. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging kira-kira setengah jam. Kemudian bilas dengan air dan bolehlah dimasak seperti biasa.

5. Masukkan beberapa ketul air batu ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.

6. Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.
Sumber : gemini26576.tripod.com

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila