Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

July 13, 2010

Kek Coklat Kukus


Resepi ni ila jumpa kat sajionline..mudah untuk disediakan..dan yang penting tak perlu guna oven. Kalau ikut resepi asal guna tepung gandum dan serbuk penaik, tapi ila tak guna..sebab dah guna tepung kek. Adunan yang ila buat naik sekali ganda je...kalau resepi yang betul2 nyer adunan akan naik dua kali ganda. Jom kite tengok dan try buat satu..

Bahan-bahan :-
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

Cara-cara membuatnya :-
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Kalau suka, boleh tambah topping. Cara membuat topping :- panas kan 1 cawan minyak. kemudian, masukkan ½ cawan susu pekat dan ½ cawan koko dan masak hingga pekat. Pastu taburlah chocolate rice.

May 19, 2010

Sardine Roll



Alahai..sian tengok roti tak berusik..petang jumaat lepas ila dapat ilham nak buat apa dengan roti tuu..teringat resepi yang penah amik kat Internet..tapi owner resepi ni ila tak ingat sape..sebelum ni penah gak buat tapi berminyak..anyway thanks a lot..sebab resepi yang ini taklah berminyak..mak ila pun kata ok..

Bahan-bahan :
10  keping roti potong
1    tin sardin
1    labu bawang besar (dicincang halus)
1    tangkai cili merah (dibuang biji dan dicincang halus)
1    biji limau nipis
2    biji telur
3    sudu besar tepung gandum
1/2 mangkuk air suam
1    cawan minyak masak
margerin
sedikit garam


Cara-caranya :
1. Mula-mula kita buat intinya. Letakkan ikan sardin ke dalam mangkuk berserta sedikit sosnya kemudian dilenyek.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Tumis ikan sardin yang dilenyek, masukkan sedikit garam dan masak sekejap sehingga sosnya kering.
3. Angkat dan gaulkan dengan perahan limau nipis, bawang besar dan cili merah.
4. Untuk membuat bread crumb, ambil dua keping roti dan sapukan dengan margerin. Bakar sekejap sehingga agak perang.Setelah sejuk, pecah-pecahkan roti tu dan kisar sehingga menjadi serbuk.
5. Pukul 2 biji telur dan ketepikan.Bancuh tepung gandum dengan sedikit air untuk melekatkan roti yang digulung nanti.
6. Ambil sekeping roti dan canaikan jadi nipis. Letakkan inti, gulung dan sapukan sedikit tepung gandum untuk melekatkannya.
7. Sapukan sekeliling gulungan roti dengan air suam, celup dalam telur dan salutkan dengan bread crumb. Lakukan langkah 6 dan 7 untuk kepingan roti yang lain.
8. Panaskan kuali dengan anggaran 1 cawan minyak, setelah betul2 panas masukkan gulungan roti tadi.
9. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Sedia dihidangkan..
"Selamat Mencuba..."

May 10, 2010

Puyuh Goreng Halia



Resepi ringkas ni ila reka sendiri...kebetulan cuti hari ahad baru ni hubby nak makan puyuh..senang je masaknya..so kira on je lah..

Bahan-bahannya :

3 ekor puyuh (puyuh madu)
2 ulas bawang putih
5 sm halia
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula

Cara-caranya :

1.Bersihkan puyuh dan setiap seekor dipotong empat.
2.Gaulkan puyuh bersama serbuk kunyit, garam dan lada sulah.Panaskan minyak dan gorengkan puyuh  sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3.Cincang bawang putih dan 1 sm halia. 4 sm halia lagi dihiris halus dan panjang2.
4.Dalam kuali yang sama, buangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia yang dicincang hingga naik bau. Masukkan puyuh, halia yang dihiris dan air.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga air kering sedikit.
6.Bawang besar dan cili merah dipotong dan ditaburkan dalam kuali. Tutup api dan sedia dihidangkan.
 " Selamat mencuba... "

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila