May 19, 2010

Sardine Roll



Alahai..sian tengok roti tak berusik..petang jumaat lepas ila dapat ilham nak buat apa dengan roti tuu..teringat resepi yang penah amik kat Internet..tapi owner resepi ni ila tak ingat sape..sebelum ni penah gak buat tapi berminyak..anyway thanks a lot..sebab resepi yang ini taklah berminyak..mak ila pun kata ok..

Bahan-bahan :
10  keping roti potong
1    tin sardin
1    labu bawang besar (dicincang halus)
1    tangkai cili merah (dibuang biji dan dicincang halus)
1    biji limau nipis
2    biji telur
3    sudu besar tepung gandum
1/2 mangkuk air suam
1    cawan minyak masak
margerin
sedikit garam


Cara-caranya :
1. Mula-mula kita buat intinya. Letakkan ikan sardin ke dalam mangkuk berserta sedikit sosnya kemudian dilenyek.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Tumis ikan sardin yang dilenyek, masukkan sedikit garam dan masak sekejap sehingga sosnya kering.
3. Angkat dan gaulkan dengan perahan limau nipis, bawang besar dan cili merah.
4. Untuk membuat bread crumb, ambil dua keping roti dan sapukan dengan margerin. Bakar sekejap sehingga agak perang.Setelah sejuk, pecah-pecahkan roti tu dan kisar sehingga menjadi serbuk.
5. Pukul 2 biji telur dan ketepikan.Bancuh tepung gandum dengan sedikit air untuk melekatkan roti yang digulung nanti.
6. Ambil sekeping roti dan canaikan jadi nipis. Letakkan inti, gulung dan sapukan sedikit tepung gandum untuk melekatkannya.
7. Sapukan sekeliling gulungan roti dengan air suam, celup dalam telur dan salutkan dengan bread crumb. Lakukan langkah 6 dan 7 untuk kepingan roti yang lain.
8. Panaskan kuali dengan anggaran 1 cawan minyak, setelah betul2 panas masukkan gulungan roti tadi.
9. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Sedia dihidangkan..
"Selamat Mencuba..."

No comments:

Post a Comment

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila