June 25, 2010

Berkilatnyer Periuk..

Eemm..dah lama rasanya ila tak bersiaran..dah ujung2 bulan ni barulah dapat nak update entri sikit2..ni ila adalah kumpul tips dapur untuk dikongsikan bersama..marilah jenguk.


1. Buang sisa makanan dan jirus dengan air biasa. Kemudian jemur di bawah panas matahari yang terik. Anda akan dapati kerak itu mengering dan tertanggal sendiri dari dasar periuk.

2. Bagi memudahkan untuk menanggalkan kesan hitam di dalam periuk, masukkan beberapa potong asam keping ke dalam periuk dan direbus bersama air hingga mendidih. Dengan itu kesan hitam akan mudah dibersihkan.

3. Sapukan asam jawa pada permukaan yang hangus dan gosok dengan sabut kelapa atau span.Kemudian, gosok pula dengan menggunakan sabun mandi dan span.Bilas bersih dan keringkan.InsyaAllah,periuk akan berkilat tanpa meninggalkan calar.



4. Tuangkan larutan cuka yang dicampur dengan secamca garam ke dalam periuk..err,periuk yang hangus tu lah.Biarkan semalaman.Esoknya buangkan larutan tadi dan cuci @gosok bersih-bersih.


5. Campurkan sedikit serbuk penaik ( ala yang guna buat kek /biskut tuh…) bersama sedikit air di dalam sebuah bekas.Biarkan selama beberapa jam.Kemudian bolehlah gunakan larutan tersebut sebagai bahan pencuci untuk mencuci periuk


6. Dapatkan beberapa keping kulit nanas dan jerangkan bersama air di dalam periuk hangus tadi.Selepas mendidih, bilaskan periuk menggunakan air sabun.


7. Masukkan kulit nanas yang telah dicincang dan dicampurkan dengan dua cawan cuka makan ke dalam periuk yang hangus.Tambahkan dua atau empat cawan air.Biarkan semalaman.Kemudian, cucilah dengan pencuci seperti biasa.

8. Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.




No comments:

Post a Comment

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila