June 25, 2010

Isyarat Mata

Apabila teringat zaman kanak-kanak aku akan tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa ini.....sejak ayah meninggal, abanglah yang menjadi 'ayah' kepada aku. Walaupun ibu masih ada, tetapi sebagai anak lelaki sulung, abang yang lebih banyak mengawal kami adik-beradik. Abang suka memberi arahan dan isyarat mata dengan menjeling tajam jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Walau di mana pun, jika dia tidak setuju dengan tindakan aku, dia akan tegur atau setidak-tidaknya menjeling tajam ke arah aku sebagai tanda amaran.

Aku jarang mengikut arwah ayah bersolat jamaah di surau,  namun sekarang aku sering mengikut abang ke surau terutama pada waktu maghrib.

Pada suatu hari,dalam perjalanan ke surau, abang telah berpesan, "Leh, kau jangan buat tak tentu arah masa kat surau nanti, kalau abang jeling tu kau faham2 lah... maksudnya abang tak suka kau buat benda tu, " Aku mengangguk faham.
 Aku dan abang mengambil tempat di saf depan sekali hampir dengan tok imam. Ketika bangun dari sujud, aku terlihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Niat aku 'konon'nya nak membantu, terus saje aku menarik kain yang tersepit itu. Aku nampak mata abang menjeling tajam. Aku pun faham isyarat tu, lalu aku terus memasukkan semula kain pelikat tok imam ke celah punggungnya.
 Apalagi, tok imam pun terkejut lalu melatah. Habislah batal solat maghrib jemaah yang lain malam tu kerana turut terkejut dengan latahan tok imam. Merah padam muka abang menahan malu dan marah. Sepanjang perjalanan balik ke rumah malam tu, aku kena sembur 'kaw2' dengan abang dan sebagai balasan kerana terlalu baik hati aku kena tidor di serambi rumah.nasib...nasib..

No comments:

Post a Comment

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila