Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

December 14, 2010

Apa Yang Kau Jual?

Abu tinggal di sebuah kampung berhampiran dengan sempadan Siam. Setiap hari Abu akan berbasikal berulang alik ke Siam berurusniaga di sana. Dan seperti biasa dia akan melalui melalui pos pengawal yang sibuk memeriksa sama ada terdapat barang-barang yang diseludup ke negara jiran..

Pak Majid yang bekerja di pos pengawal tu akan menahan Abu dan memeriksa barang-barang yang dibawanya. Setelah memeriksa dua beg plastik kecil berisi pasir yang dibawa Abu di belakang basikal, Pak Majd pun melepaskannya pergi. Namun dalam hati Pak Majid sering tertanya-tanya apalah kerja si Abu tu..

Hampir dua tahun berlalu, Pak Majid tetiba menyedari kelibat Abu tidak kelihatan pada hari itu. Setelah hampir sebulan, pada suatu pagi ketika Pak Majid sedang minum di sebuah kedai kopi dia terserempak dengan Abu yang baru hendak masuk ke kedai. Maka mereka pun bersembanglah...

Hati kecil Pak Majid telah lama bersarang memacam tanda tanya pasal kerja si Abu  tu akhirnya diluahkan ..."Lama tak nampak kau ke Siam..dah tak keje ke?" "Saya dah takde urusan kat sana.. sebab tu dah tak lalu kat sini...""Iiishhh..sebenarnya apa yang kau buat pegi ke Siam tu..""Saya meniaga lah Pak Majid..""Tapi sepanjang kau berulang-alik tu kau bawa pasir..ada untung ke meniaga pasir ni?" Abu tersenyum lebar."Taklah..saya bukan meniaga pasir..""Habis tu apa yang kau jual?" tanya Pak Majid."Basikaallllll.."jawab Abu dengan selamba..Kuang..Kuang..Kuang..

September 20, 2010

Besar Nilainya

Sepasang suami isteri yang telah separuh abad saban tahun akan ke pesta Pulau Pinang apabila acara tersebut berlangsung. Setiap kali ke sana si suami beriya-iya hendak menaiki pesawat ringan yang ada disediakan dengan bayaran RM50 untuk satu trip. Namun begitu setiap kali juga dia terpaksa membatalkan niatnya apabila isterinya berkata "Bang, 50 ringgit tu besar nilainya".

Sedang si suami mundar mandir di tepi pesawat, datanglah si pilot dan bertanya "Pakcik dan makcik nak naik kapal terbang ni..? " Si isteri tu pun menjawab "50 ringgit tu besar nilainya..nak""Saya boleh bagi pakcik dan makcik naik percuma tapi dengan bersyarat" kata pilot tadi. Mendengar itu, si suami pun terus bertanya "Apa syaratnya?" "Waktu kat atas nanti, pakcik dengan makcik tak boleh bersuara langsung, kalau tidak kenalah bayar RM50"

Mereka berdua pun bersetuju. Maka mereka pun naiklah pesawat ringan tu. Pilot tu pulak saje jer bawak dengan bermacam-macam aksi termasuklah aksi terlentang ke bawah dengan harapan suami isteri tu akan menjerit. 

Si pilot ni sangatlah kagum kerana tidak mendengar langsung suara suami isteri tu sehinggalah mendarat. Apabila si suami tu turun, si pilot pun pergi ke arahnya dan berkata ' Dasatnyer..saya sikit pun tak dengar suara  pakcik makcik..."  "Sebenarnya., tadi masa isteri pakcik terjatuh dari pesawat ni , pakcik ingat nak menjerit..tapi bila terfikir  50 ringgit tu besar nilainya..pakcik diam jer la...".kata si suami sambil berlalu pergi cam tu jer.

June 25, 2010

Isyarat Mata

Apabila teringat zaman kanak-kanak aku akan tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa ini.....sejak ayah meninggal, abanglah yang menjadi 'ayah' kepada aku. Walaupun ibu masih ada, tetapi sebagai anak lelaki sulung, abang yang lebih banyak mengawal kami adik-beradik. Abang suka memberi arahan dan isyarat mata dengan menjeling tajam jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Walau di mana pun, jika dia tidak setuju dengan tindakan aku, dia akan tegur atau setidak-tidaknya menjeling tajam ke arah aku sebagai tanda amaran.

Aku jarang mengikut arwah ayah bersolat jamaah di surau,  namun sekarang aku sering mengikut abang ke surau terutama pada waktu maghrib.

Pada suatu hari,dalam perjalanan ke surau, abang telah berpesan, "Leh, kau jangan buat tak tentu arah masa kat surau nanti, kalau abang jeling tu kau faham2 lah... maksudnya abang tak suka kau buat benda tu, " Aku mengangguk faham.
 Aku dan abang mengambil tempat di saf depan sekali hampir dengan tok imam. Ketika bangun dari sujud, aku terlihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Niat aku 'konon'nya nak membantu, terus saje aku menarik kain yang tersepit itu. Aku nampak mata abang menjeling tajam. Aku pun faham isyarat tu, lalu aku terus memasukkan semula kain pelikat tok imam ke celah punggungnya.
 Apalagi, tok imam pun terkejut lalu melatah. Habislah batal solat maghrib jemaah yang lain malam tu kerana turut terkejut dengan latahan tok imam. Merah padam muka abang menahan malu dan marah. Sepanjang perjalanan balik ke rumah malam tu, aku kena sembur 'kaw2' dengan abang dan sebagai balasan kerana terlalu baik hati aku kena tidor di serambi rumah.nasib...nasib..

May 17, 2010

Menanti Kehadiranmu

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Hotel tersebut telah menyediakan kemudahan komputer dengan Internet di setiap bilik. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang balu baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Balu tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu balu tersebut pun pengsan. Anak lelaki balu tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia terus membaca mesej yang terpapar di skrin komputer :

To : Isteri kesayanganku

Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.



May 6, 2010

Jangan Berlagak Sombong

Satu pengajaran yang patut di ambil perhatian supaya jangan selalu perasan yang diri kita ni dah tere sangat dah.....(sebenarnya orang lain lagi tere tapi tak nak tunjuk aje....)

Alkisah seorang anak saudara kawan saya yang selalu berlagak dan menjadi 'Ms. Know All' di kalangan kawan-kawan. Apa skill kewartawanan yang diajar dia ikut. Apa yang orang asuh supaya jadi wartawan yang hebat dia ikut.

Dengan kawan-kawan dia selalu berlagak dia saja yang selalu jadi 'first person know everythings'. Tentang politik, gosip pasal PAS, KEADILAN semua dia tahu. Itu belum masuk bab gosip kat ofis, semua orang tahu tapi malas nak layan.

Satu hari dia memang dalam waktu cuti, tapi tak suka duduk rumah,maklumlah tiada boyfriend. Sebaliknya dia memang suka merayau kononya nak cari berita. Secara kebetulan anak saudaranya itu terserempak dengan insiden di tengah jalanraya, dipinggir kota KL.

Orang ramai mengerumuni sesuatu di atas jalan, maklumlah polis belum tiba waktu itu. Anak saudaranya cuba memboloskan diri, menengok apa yang berlaku. Tak boleh. Dia gagal. Orang yang berasak-asak makin menolak kebelakang.

Akhirnya dia dapat satu idea. Katanya 'tepi-tepi !!, saya akak kepada mangsa. Tepi sikit. Saya akak dia !' kata anak saudara kawan saya.Orang ramai tercengang dan berundur sedikit demi sedikit membenarkan sipolan menengok apa yang terjadi.

Tapi orang lain saling pandang-memandang. Eh betul ke sipolan tu akak pada si monyet yang bergelempang tinggal nyawa-nyawa ikan, dek kerana kena langgar dengan lori sayur sebentar tadi ?

Pengajaran : Jangan asyik jadi orang pandai, asyik jadi orang hebat, yang penting juga jangan berlagak.....

April 24, 2010

Cerita 3 pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak yang berpakat mengadakan sebuah pertandingan untuk tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling veteran diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan.

Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 3 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Dengan muka yang bongkak dia berkata : "Korang nampak tak kampung kat seberang bukit itu ?"Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Dua ekor pontianak pun angin jer..bile mendengar keangkuhan pontianak veteran tu.

Kini giliran pontianak yg pertengahan umur pulak. Dia dengan pantas terbang dan tak sampai 2 minit dah balik, mukanya juga penuh berlumuran darah."Korang nampak tak pekan tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,nampak", yang dua ekor tu mengangguk. "Satu pekan itu juga habiiissssss!!!",kata pontianak yg pertengahan umur sambil mengilai," iihhkkk..iihhhkkk..iiihhhkkkk".

Apalagi pontianak yang paling junior tambah panas, dia pun nak show off gak.Dia pun tunjuk ler skill terbang sederas kilat. Amat lah terperanjat berok kedua-dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh darah di mukanya...

Lalu pontianak yg veteran tu berkata, "oiiiiiitttt...dasat dia ni.. tak sempat aku nak lending, dia dah sampai balik sini... memang dia paling terer". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak junior tu pun berkata , "Korang nampak tak bandar kat hujung bukit tu ?""Nampak! Nampak!", kata 2 ekor tu..."Korang nampak tak tembok sebelum masuk bandar tu?""Nampak!Nampak!", jawab 2 sahabat tu lagi.."Err aku tadi tak nampak".

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila