December 23, 2010

Alas Gelas @ 'Coaster' Buatan Sendiri

Kalau nak berjimat pada sesetengah benda memang boleh kan..tetapi perlu ada kerajinan dan sedikit kreativiti..tak percaya?? Jom tengok ni..ila nak kongsikan cara-cara nak buat 'coaster' sendiri.. bahan2 yang digunakan pun mudah aje..

Telah diolah semula dalam bahasa melayu oleh Aliila

Bahan-bahan :
3   gulung reben berlainan warna atau lebih (ikut kreativiti)
1   batang pengcukil gigi
1   gam pistol
1   batang pen
1   gulung pita pelekat
1   keping gabus
Bahan tampal PU

Cara-cara :

1. Beli beberapa reben pintal (curly ribbon) baru untuk memulakan projek ini. Anda boleh gunakan mana-mana reben pintal pelbagai warna selagi semuanya mempunyai kelebaran yang sama

2. Mula-mula, ambil segulung reben dan lilit hujung reben serapat yang boleh untuk membentuk lingkaran. Jika susah untuk membuat lingkaran permulaan, cuba ikat reben pada sebatang pencungkil gigi dan tarik sehingga ketat.
3. Sebaik sahaja anda telah mendapat lingkaran dalam ukuran satu setengah inci garis pusat, potong reben dan lekat hujung dengan secebis pita pelekat ke sebelah lingkaran. Kini bahagian yang paling susah dalam projek ini telah selesai.

4. Seterusnya pilih reben dengan warna yang lain dan lilit dengan ketat pada lingkaran tadi. Semakin lama anda melilit,  anda akan susah untuk memegang lingkaran, jadi adalah lebih baik letakkan di atas meja semasa proses melilit. Setiap kali anda mahu menukar reben yang berlainan warna, pastikan hujung reben dipotong lalu dilekatkan dengan pita pelekat dan hujung permulaan reben baru juga dilekat untuk menyambung kedua-dua reben tersebut. Semasa melekatkan hujung reben, perlu dipastikan pita pelekat tidak melebihi reben teratas atau dasar 'coaster', jika tidak anda tidak akan memperolehi satu permukaan yang rata.
5. Setelah selesai melilit sehingga memperolehi saiz 'coaster' yang diinginkan, salutkan coaster dengan bahan tampal PU untuk mengelakkan ianya terlerai. Kebiasaannya PU ini boleh didapati di kedai peralatan binaan (hardware) atau kedai kraf dalam bentuk semburan atau sapuan. Buat beberapa kali salutan sehingga anda mendapat satu 'coaster' yang tebalberkilat dan reben telah melekat dengan elok. Biarkan salutan PU betul2 kering dan hanya boleh disentuh selepas beberapa jam, namun ia mengambil masa 2-3 hari untuk menjadi keras sepenhnya.
6. Bagi menjadikan 'coaster' kemas dan cantik anda boleh menambah gabus di bahagian bawahnya. Ukur 'coaster' dan tandakan dengan pen pada permukaan gabus.
7. Ambil pisau dan potong mengikut ukuran yang telah ditandakan dengan pen tadi.
8. Ambil gam pistol dan tembak gam meliputi sebahagian bawah 'coaster'.
9. Lekatkan gabus yang dipotong ke atasnya dan tekan rapat supaya gam dapat melekat dengan kuat.
10. Dan inilah hasilnya...alas gelas @ 'coaster' yang kemas dan cantik.

No comments:

Post a Comment

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila