May 13, 2010

Hilangkan batuk

Memang susah kalau kite kena batuk..tak selesa terutama waktu tidur dan bagi yang bekerja memang akan mengganggu mental dan fizikal..nak pulak kena attend meeting hari tu....so kat sini ila ada la kumpul serba sikit petua nak kurang dan hilangkan batuk (biasanya amik masa gak nak hilang). Yang penting jugak jangan lupa minta pada Allah untuk sembuhkan batuk kite : )

1. Sedikit air suam dicampur dengan satu sudu madu lebah asli dan sedikit perahan limau nipis. Minum perlahan-lahan supaya kena pada kerongkong. Sesuai juga untuk kanak-kanak yang mengalami batuk. Amalkan beberapa hari, insyaallah batuk akan hilang.(sumber : kengkawan)

2. Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera. (sumber : www.familiazam.com)

3. Setiap pagi amalkan minum teh o limau panas tanpa gula ataupun makan buah nangka yang dicicah garam.(sumber : kengkawan)

4. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
5. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan   perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
6. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam  seminggu.(sumber : hikmad.azhad.com)

7. Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.(sumber : www.macam-2.com)
8. Ambil setengah sudu asam jawa dan rendamkan dalam air suam, kemudian campurkan dengan sedikit gula. Untuk hilangkan batuk, minum air tersebut.(sumber : sheisagirl.wordpress.com)

No comments:

Post a Comment

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila