Kalau nak berjimat pada sesetengah benda memang boleh kan..tetapi perlu ada kerajinan dan sedikit kreativiti..tak percaya?? Jom tengok ni..ila nak kongsikan cara-cara nak buat 'coaster' sendiri.. bahan2 yang digunakan pun mudah aje..
Sumber : http://www.chicaandjo.com
Telah diolah semula dalam bahasa melayu oleh Aliila
Bahan-bahan :
3 gulung reben berlainan warna atau lebih (ikut kreativiti)
1 batang pengcukil gigi
1 gam pistol
1 batang pen
1 gulung pita pelekat
1 keping gabus
Bahan tampal PU
Cara-cara :
1. Beli beberapa reben pintal (curly ribbon) baru untuk memulakan projek ini. Anda boleh gunakan mana-mana reben pintal pelbagai warna selagi semuanya mempunyai kelebaran yang sama. |
6. Bagi menjadikan 'coaster' kemas dan cantik anda boleh menambah gabus di bahagian bawahnya. Ukur 'coaster' dan tandakan dengan pen pada permukaan gabus. |
7. Ambil pisau dan potong mengikut ukuran yang telah ditandakan dengan pen tadi. |
8. Ambil gam pistol dan tembak gam meliputi sebahagian bawah 'coaster'. |
9. Lekatkan gabus yang dipotong ke atasnya dan tekan rapat supaya gam dapat melekat dengan kuat. |
10. Dan inilah hasilnya...alas gelas @ 'coaster' yang kemas dan cantik. |