Salam... hari ni ila teringat nak masukkan entri pasal kotak mancis yang boleh dikitar semula menjadi laci comel untuk menyimpan aksesori peribadi. Cara-cara nak buat laci ni ila jumpa masa jenguk2 kat blog Craftsy..macam2 craft tutorial ada kat situ..yang ni ila tak sempat lagi nak buat..kalau dah ada nanti, ila akan uploadkan gambar..Jom kita cuba buat satu..
1. Bahan-bahan yang diperlukan :
4 kotak mancis (sama saiz)Cat akrilik
Berus cat
Kertas bercorak atau adhesive paper
Butang/Manik
Kayu perekat
Gam dan perekat yang kuat untuk kaki dan pemegang laci
2. Mula2 catkan kesemua bahagian kotak mancis mengikut citarasa masing-masing. Selepas benar-benar kering, masukkan semula kotak ke dalam sarungnya untuk memudahkan proses seterusnya.
3. Gamkan kesemua kotak secara bertingkat.
4. Untuk memastikan kotak mancis yang telah dilekatkan tidak tercabut dan gam kering sepenuhnya sesuatu yang berat diletakkan di atasnya untuk lebih kurang 20 minit.
5. Ukur dan surih saiz kotak pada bahagian belakang kertas bercorak. Kemudian potong mengikut ukuran.
6. Letakkan gam pada keseluruhan bahagian belakang kertas bercorak yang telah dipotong tadi. Balutkan kotak mancis dengan kertas tersebut dan tekan dengan jari atas dan bawah selama 5 minit supaya kotak mancis melekat dengan sekata.
7. Tuangkan gam (perekat yang kuat) ke dalam bekas kecil seperti gambar di atas bagi mudah untuk menyapukan perekat tersebut pada butang/manik.
8. Kemudian gamkan butang/manik di bahagian tengah secara selari sebagai pemegang laci.
9. Akhir sekali dengan menggunakan perekat kuat tadi , lekatkan butang/manik yang agak panjang pada setiap penjuru bahagian bawah untuk dijadikan sebagai kaki pada laci simpanan ini.
10. Dah siap pun…inilah hasilnya.
wouuu
ReplyDelete