1. Buang sisa makanan dan jirus dengan air biasa. Kemudian jemur di bawah panas matahari yang terik. Anda akan dapati kerak itu mengering dan tertanggal sendiri dari dasar periuk.
Sumber : http://naqhuhines.blogspot.com
2. Bagi memudahkan untuk menanggalkan kesan hitam di dalam periuk, masukkan beberapa potong asam keping ke dalam periuk dan direbus bersama air hingga mendidih. Dengan itu kesan hitam akan mudah dibersihkan.
Sumber : http://norainyahya.blogspot.com
3. Sapukan asam jawa pada permukaan yang hangus dan gosok dengan sabut kelapa atau span.Kemudian, gosok pula dengan menggunakan sabun mandi dan span.Bilas bersih dan keringkan.InsyaAllah,periuk akan berkilat tanpa meninggalkan calar.
4. Tuangkan larutan cuka yang dicampur dengan secamca garam ke dalam periuk..err,periuk yang hangus tu lah.Biarkan semalaman.Esoknya buangkan larutan tadi dan cuci @gosok bersih-bersih.
5. Campurkan sedikit serbuk penaik ( ala yang guna buat kek /biskut tuh…) bersama sedikit air di dalam sebuah bekas.Biarkan selama beberapa jam.Kemudian bolehlah gunakan larutan tersebut sebagai bahan pencuci untuk mencuci periuk
6. Dapatkan beberapa keping kulit nanas dan jerangkan bersama air di dalam periuk hangus tadi.Selepas mendidih, bilaskan periuk menggunakan air sabun.
7. Masukkan kulit nanas yang telah dicincang dan dicampurkan dengan dua cawan cuka makan ke dalam periuk yang hangus.Tambahkan dua atau empat cawan air.Biarkan semalaman.Kemudian, cucilah dengan pencuci seperti biasa.
Sumber : http://ujanasihat.com
Sumber : http://selangor2u.com
No comments:
Post a Comment