Salam semua...hari ini umat Islam di seluruh Malaysia menyambut tahun baru 1432H..dan ila pun nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan salam Maal Hijrah kepada semua..semoga tahun akan datang adalah lebih baik dan menjadi kita insan yang lebih dekat dengan Rabbul 'Alamin..Amin.Kat sini ila nak kongsikan jugak doa akhir tahun dan awal tahun...ambil dari laman JAKIM..
December 7, 2010
December 3, 2010
Dah besar anak ibu..
kek emergency
acik wani yg beli hadiah ni..
sandal pon ada.. hadiah sebab br 'dpt kaki'
akceli ni hadiah aqil..dia pon sibuk nak satu
Salam petang Jumaat.. dah lama tak bersiaran...mcm stesen tv la pulak..tak kisahlah yg penting hari ni ila dah plan nak letak entri pasal anakku yg seorang ni..baru jer menyambut hari lahir yang pertama..pada 1 Dis lepas..ala bucuk2 anak ibu..sempat beli kek 'emergency' jer..tu yg edible kt kek tu main taram jer hias..eemmm tak brape ghajin nak citer pepanjang, jom kite tengok gambar anakanda ila ni berposing..hadiah??? ada..... ala kadar jer..sebabnyer tiap2 tahun pon dapat hadiah kan!
September 30, 2010
Ouuchh! Panasnyer..
Memang akan rasa pedih kalau dah terkena benda2 panas ni..silap2 boleh melecur dan tinggalkan parut..klau yg jenis suka memasak tu lagi la ade potensi nak kena..jadi ila rasa tips/petua yang ila kumpul ni bolehlah dicuba..tak rugi. Mana lah tau dengan izin Allah rasa sakit hilang dan kulit pun tak melecur..apalagi jomlah cuba!
1. Pertama sekali, tekapkan kat kawasan tubuh badan yang terkena air panas tadi dengan kapas.Lakukannya secara perlahan-lahan dan cermat.Kemudian, sapukan sedikit mentega kat bahagian yang terkena air panas tu. Kalau takder mentega, gunalah krim yang sejuk, minyak kelapa ataupun minyak sayuran.Pastikan anda tak kenakan air kat bahagian yang melecur tu untuk beberapa jam.
sumber : http://petuasejagat.blogspot.com/
2. Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.
sumber : http://gemini26576.tripod.com/
3. Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.
sumber : http://pahang.dapat.fm/
4. Alirkan air paip ke bahagian yang terkena benda panas selama lebih kurang 10 ke 15 minit. Insyaallah rasa sakit akan hilang dan kulit pun tak melecur.
sumber : mak
5. Yang satu ni memang ila amalkan, bila terkena benda panas jer.. terus capai ubat gigi dan sapukan pada bahagian terkena panas tu..biarkan lebih kurang setengah jam atau lebih pastu boleh basuh cam biasa.
Psstt...Tapi kalau hampir satu badan yang kena, tips ni kurang sesuai..elok terus jumpa doktor je, senang ceriter..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sekadar Memperingatkan
Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.
Terima kasih
Ana'Aliila



