December 23, 2010

Alas Gelas @ 'Coaster' Buatan Sendiri

Kalau nak berjimat pada sesetengah benda memang boleh kan..tetapi perlu ada kerajinan dan sedikit kreativiti..tak percaya?? Jom tengok ni..ila nak kongsikan cara-cara nak buat 'coaster' sendiri.. bahan2 yang digunakan pun mudah aje..

Telah diolah semula dalam bahasa melayu oleh Aliila

Bahan-bahan :
3   gulung reben berlainan warna atau lebih (ikut kreativiti)
1   batang pengcukil gigi
1   gam pistol
1   batang pen
1   gulung pita pelekat
1   keping gabus
Bahan tampal PU

Cara-cara :

1. Beli beberapa reben pintal (curly ribbon) baru untuk memulakan projek ini. Anda boleh gunakan mana-mana reben pintal pelbagai warna selagi semuanya mempunyai kelebaran yang sama

2. Mula-mula, ambil segulung reben dan lilit hujung reben serapat yang boleh untuk membentuk lingkaran. Jika susah untuk membuat lingkaran permulaan, cuba ikat reben pada sebatang pencungkil gigi dan tarik sehingga ketat.
3. Sebaik sahaja anda telah mendapat lingkaran dalam ukuran satu setengah inci garis pusat, potong reben dan lekat hujung dengan secebis pita pelekat ke sebelah lingkaran. Kini bahagian yang paling susah dalam projek ini telah selesai.

4. Seterusnya pilih reben dengan warna yang lain dan lilit dengan ketat pada lingkaran tadi. Semakin lama anda melilit,  anda akan susah untuk memegang lingkaran, jadi adalah lebih baik letakkan di atas meja semasa proses melilit. Setiap kali anda mahu menukar reben yang berlainan warna, pastikan hujung reben dipotong lalu dilekatkan dengan pita pelekat dan hujung permulaan reben baru juga dilekat untuk menyambung kedua-dua reben tersebut. Semasa melekatkan hujung reben, perlu dipastikan pita pelekat tidak melebihi reben teratas atau dasar 'coaster', jika tidak anda tidak akan memperolehi satu permukaan yang rata.
5. Setelah selesai melilit sehingga memperolehi saiz 'coaster' yang diinginkan, salutkan coaster dengan bahan tampal PU untuk mengelakkan ianya terlerai. Kebiasaannya PU ini boleh didapati di kedai peralatan binaan (hardware) atau kedai kraf dalam bentuk semburan atau sapuan. Buat beberapa kali salutan sehingga anda mendapat satu 'coaster' yang tebalberkilat dan reben telah melekat dengan elok. Biarkan salutan PU betul2 kering dan hanya boleh disentuh selepas beberapa jam, namun ia mengambil masa 2-3 hari untuk menjadi keras sepenhnya.
6. Bagi menjadikan 'coaster' kemas dan cantik anda boleh menambah gabus di bahagian bawahnya. Ukur 'coaster' dan tandakan dengan pen pada permukaan gabus.
7. Ambil pisau dan potong mengikut ukuran yang telah ditandakan dengan pen tadi.
8. Ambil gam pistol dan tembak gam meliputi sebahagian bawah 'coaster'.
9. Lekatkan gabus yang dipotong ke atasnya dan tekan rapat supaya gam dapat melekat dengan kuat.
10. Dan inilah hasilnya...alas gelas @ 'coaster' yang kemas dan cantik.

December 14, 2010

Apa Yang Kau Jual?

Abu tinggal di sebuah kampung berhampiran dengan sempadan Siam. Setiap hari Abu akan berbasikal berulang alik ke Siam berurusniaga di sana. Dan seperti biasa dia akan melalui melalui pos pengawal yang sibuk memeriksa sama ada terdapat barang-barang yang diseludup ke negara jiran..

Pak Majid yang bekerja di pos pengawal tu akan menahan Abu dan memeriksa barang-barang yang dibawanya. Setelah memeriksa dua beg plastik kecil berisi pasir yang dibawa Abu di belakang basikal, Pak Majd pun melepaskannya pergi. Namun dalam hati Pak Majid sering tertanya-tanya apalah kerja si Abu tu..

Hampir dua tahun berlalu, Pak Majid tetiba menyedari kelibat Abu tidak kelihatan pada hari itu. Setelah hampir sebulan, pada suatu pagi ketika Pak Majid sedang minum di sebuah kedai kopi dia terserempak dengan Abu yang baru hendak masuk ke kedai. Maka mereka pun bersembanglah...

Hati kecil Pak Majid telah lama bersarang memacam tanda tanya pasal kerja si Abu  tu akhirnya diluahkan ..."Lama tak nampak kau ke Siam..dah tak keje ke?" "Saya dah takde urusan kat sana.. sebab tu dah tak lalu kat sini...""Iiishhh..sebenarnya apa yang kau buat pegi ke Siam tu..""Saya meniaga lah Pak Majid..""Tapi sepanjang kau berulang-alik tu kau bawa pasir..ada untung ke meniaga pasir ni?" Abu tersenyum lebar."Taklah..saya bukan meniaga pasir..""Habis tu apa yang kau jual?" tanya Pak Majid."Basikaallllll.."jawab Abu dengan selamba..Kuang..Kuang..Kuang..

December 7, 2010

Salam Tahun Baru 1432H


Salam semua...hari ini umat Islam di seluruh Malaysia menyambut tahun baru 1432H..dan ila pun nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan salam Maal Hijrah kepada semua..semoga tahun akan datang adalah lebih baik dan menjadi kita insan yang lebih dekat dengan Rabbul 'Alamin..Amin.Kat sini ila nak kongsikan jugak doa akhir tahun dan awal tahun...ambil dari laman JAKIM..




December 3, 2010

Dah besar anak ibu..


 kek emergency
 acik wani yg beli hadiah ni..
 sandal pon ada.. hadiah sebab br 'dpt kaki'
 akceli ni hadiah aqil..dia pon sibuk nak satu


Salam petang Jumaat.. dah lama tak bersiaran...mcm stesen tv la pulak..tak kisahlah yg penting hari ni ila dah plan nak letak entri pasal anakku yg seorang ni..baru jer menyambut hari lahir yang pertama..pada 1 Dis lepas..ala bucuk2 anak ibu..sempat beli kek 'emergency' jer..tu yg edible kt kek tu main taram jer hias..eemmm tak brape ghajin nak citer pepanjang, jom kite tengok gambar anakanda ila ni berposing..hadiah??? ada..... ala kadar jer..sebabnyer tiap2 tahun pon dapat hadiah kan!

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila