July 16, 2010

Semut...oh..Semut

Bab2 semut ni bukan cerite baru..bangsa yg plg ramai kat rumah kita ..siap  ade mcm2 warna kulit lagi..hitam, merah, coklat, kecik, besor, sumalah ade...dah la menumpang pastu menyusahkan tuan rumah pulak..Kes cam gini mana boleh tengok ajer..kenalah cara jalan nak halau diorang ni..jadik nyer jomlah kite tengok petua2 nih. Bolehlah cuba yg mana suka...
1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7) Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

8) Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Insyaallah semut tidak akan datang lagi.

9) Ambil kapur tulis (atau chalk) *kalau boleh guna yang warna putih lagi baik. Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan.Semut tak suka kepada kapur (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya. 

July 13, 2010

Kek Coklat Kukus


Resepi ni ila jumpa kat sajionline..mudah untuk disediakan..dan yang penting tak perlu guna oven. Kalau ikut resepi asal guna tepung gandum dan serbuk penaik, tapi ila tak guna..sebab dah guna tepung kek. Adunan yang ila buat naik sekali ganda je...kalau resepi yang betul2 nyer adunan akan naik dua kali ganda. Jom kite tengok dan try buat satu..

Bahan-bahan :-
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

Cara-cara membuatnya :-
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Kalau suka, boleh tambah topping. Cara membuat topping :- panas kan 1 cawan minyak. kemudian, masukkan ½ cawan susu pekat dan ½ cawan koko dan masak hingga pekat. Pastu taburlah chocolate rice.

Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila