June 25, 2010

Isyarat Mata

Apabila teringat zaman kanak-kanak aku akan tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa ini.....sejak ayah meninggal, abanglah yang menjadi 'ayah' kepada aku. Walaupun ibu masih ada, tetapi sebagai anak lelaki sulung, abang yang lebih banyak mengawal kami adik-beradik. Abang suka memberi arahan dan isyarat mata dengan menjeling tajam jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Walau di mana pun, jika dia tidak setuju dengan tindakan aku, dia akan tegur atau setidak-tidaknya menjeling tajam ke arah aku sebagai tanda amaran.

Aku jarang mengikut arwah ayah bersolat jamaah di surau,  namun sekarang aku sering mengikut abang ke surau terutama pada waktu maghrib.

Pada suatu hari,dalam perjalanan ke surau, abang telah berpesan, "Leh, kau jangan buat tak tentu arah masa kat surau nanti, kalau abang jeling tu kau faham2 lah... maksudnya abang tak suka kau buat benda tu, " Aku mengangguk faham.
 Aku dan abang mengambil tempat di saf depan sekali hampir dengan tok imam. Ketika bangun dari sujud, aku terlihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Niat aku 'konon'nya nak membantu, terus saje aku menarik kain yang tersepit itu. Aku nampak mata abang menjeling tajam. Aku pun faham isyarat tu, lalu aku terus memasukkan semula kain pelikat tok imam ke celah punggungnya.
 Apalagi, tok imam pun terkejut lalu melatah. Habislah batal solat maghrib jemaah yang lain malam tu kerana turut terkejut dengan latahan tok imam. Merah padam muka abang menahan malu dan marah. Sepanjang perjalanan balik ke rumah malam tu, aku kena sembur 'kaw2' dengan abang dan sebagai balasan kerana terlalu baik hati aku kena tidor di serambi rumah.nasib...nasib..

Mari Baiki Payung

Cara membaiki payung ni ila jumpa masa menjenguk ke laman http://fakeplasticfish.com/. Kaedah ni nampak berguna dan menjimatkan, jadi boleh lah cuba ye..
1.Masalah payung rosak : Salah satu rusuk payung telah patah.




2.Setelah diteliti secara dekat, didapati yang bahagian A perlu dimasukkan semula ke dalam bahagian B.


3.Tetapi bagaimana untuk melakukannya? Boleh cuba yang idea bernas ini iaitu menggunakan satu klip kertas untuk meluruskannya.


4.Putarkan klip kertas tersebut dengan playar agar pegangannya kemas. Kemudian lengkungkan ia dalam bentuk bulatan supaya tidak membocorkan payung.



5.Dan setelah siap, masih kelihatan beberapa kepingan pita pelekat kertas untuk tampalan beberapa lubang-lubang kecil. Walaupun tidak cantik, tetapi payung ini masih boleh digunakan. Mudah dan murah bukan?

Berkilatnyer Periuk..

Eemm..dah lama rasanya ila tak bersiaran..dah ujung2 bulan ni barulah dapat nak update entri sikit2..ni ila adalah kumpul tips dapur untuk dikongsikan bersama..marilah jenguk.


1. Buang sisa makanan dan jirus dengan air biasa. Kemudian jemur di bawah panas matahari yang terik. Anda akan dapati kerak itu mengering dan tertanggal sendiri dari dasar periuk.

2. Bagi memudahkan untuk menanggalkan kesan hitam di dalam periuk, masukkan beberapa potong asam keping ke dalam periuk dan direbus bersama air hingga mendidih. Dengan itu kesan hitam akan mudah dibersihkan.

3. Sapukan asam jawa pada permukaan yang hangus dan gosok dengan sabut kelapa atau span.Kemudian, gosok pula dengan menggunakan sabun mandi dan span.Bilas bersih dan keringkan.InsyaAllah,periuk akan berkilat tanpa meninggalkan calar.



4. Tuangkan larutan cuka yang dicampur dengan secamca garam ke dalam periuk..err,periuk yang hangus tu lah.Biarkan semalaman.Esoknya buangkan larutan tadi dan cuci @gosok bersih-bersih.


5. Campurkan sedikit serbuk penaik ( ala yang guna buat kek /biskut tuh…) bersama sedikit air di dalam sebuah bekas.Biarkan selama beberapa jam.Kemudian bolehlah gunakan larutan tersebut sebagai bahan pencuci untuk mencuci periuk


6. Dapatkan beberapa keping kulit nanas dan jerangkan bersama air di dalam periuk hangus tadi.Selepas mendidih, bilaskan periuk menggunakan air sabun.


7. Masukkan kulit nanas yang telah dicincang dan dicampurkan dengan dua cawan cuka makan ke dalam periuk yang hangus.Tambahkan dua atau empat cawan air.Biarkan semalaman.Kemudian, cucilah dengan pencuci seperti biasa.

8. Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.




Sekadar Memperingatkan

Blog ini merupakan blog peribadi Ana'Aliila. Semua penulisan dan pendapat dalam blog ini adalah dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika dinyatakan. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Sebarang bahan dari blog ini tidak boleh diambil dan diterbit semula tanpa izin pemiliknya dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih
Ana'Aliila